Wednesday, December 30, 2009

Berakhirnya Tahun 2009...

Hari ini, berakhirnya tahun yang penuh dengan kenangan yang terindah dan kenangan yang memeritkan. Esok, tibalah tahun yang dinantikan oleh semua...doa dan harapan semoga tahun yang bakal mewarnai esok memberi sinaran sepersis pelangi yang terbit dan ianya menyimpan seribu makna yang tersirat. 2009 adalah tahun yang amat manis didalam kamus hidupku..aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana pada tahun itu juga diberikan rezeki ke atas suamiku yang telah mendapat jawatan tetap setelah sekian lama menunggu. Jika diingatkan kembali saat-saat dahulu, amat manis bila dikenang segala kenangan pahit yang terdahulu. Setiap insan pasti mengharapkan kehidupan yang sempurna namun aku amat bersyukur di atas rezeki yang aku perolehi sekarang dan aku amat bahagia dengan kehidupanku sekarang dengan dikurniakan dua orang zuriat yang amat aku sayangi dan sentiasa menghiburkan hatiku setiap masa.

No comments:

Post a Comment