Wednesday, June 15, 2011

suka suki...saje-saje..huhuhu

lentok sapa kepala..huhuu

ade gaya tak cam bos??heheh

saje je suka suki amik pic kat pej..pic yang diambil oleh kak zuzana:-)


Wednesday, November 24, 2010

suka suki diriku...

ha...inilah pengarang hati dan jantung mama dan papa..luv u all..


Ini pic mase belum kawin..ms ni g lawatan kat hadyai dan phuket..mse masih lagi keje kat PYIT
kurus lg time ni..dua2 kurus..hikhik


Lawatan ni pada tahun 2000..2 bulan sebelum kami diijabkabulkan....setelah dua tahun aku mengenali hati budi masing-masing, suamiku juga adalah cinta pertamaku...Alhamdulillah aku disatukan pada 07 September 2000 (Khamis) tepat jam 3.25 Petang...kini aku amat bahagia dengan kehidupan bersama dua orang cahaya mata yang amat bernilai bagi diriku...Aku berdoa agar kebahagiaan akan sentiasa menjadi milikku sekeluarga dengan izin Allah...


Tahun 2010 adalah tahun yang penuh dengan ujian....

20 Mac 2010 (Sabtu)

Pada hari itu adalah tarikh yang tak dapat aku lupakan kerana perginya ayah mertuaku (abah) seorang yang amat aku hormati, sayangi dan amat aku kagumi dengan ketabahan beliau didalam menempuh setiap cabaran sepanjang hayatnya. Perginya tiada galang gantinya. Perginya jua membuatkan aku terasa kesunyian kerana tiada lagi aktiviti kunjungan setiap minggu sepertimana biasa aku lakukan. Perginya juga tanpa sakit demam hanya kematian secara mengejut dan kerana itulah sukar untuk aku sekeluarga menerimanya terutama ibu mertuaku..tetapi kami redha di atas setiap ketentuan dari Illahi kerana ianya pasti terselindung hikmah yang maha hebat. Aku doakan agar arwah abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh..AL-FATIHAH, AMIN.

Wednesday, March 31, 2010

Mimpi seluar robek akhirnya terjawab...

17 Mac 2010 (Rabu)
Malam itu, abang Nuar telefonku dan memberitahu abah kurang sihat. Masa itu, aku tengah bersiap untuk pegi jaga test di KK2 untuk subjek Tn Haji Manan. Aku terus menelefon abah n bertanya khabar abah. Abah ckp sejak 2 3 hari ini dia kurang sihat, bila berjalan dadanya sebak n terpaksa berhenti bila nak naik tangga. Abah memberitahuku telah pergi ke klinik Mat Ramli n bayaran utk ubat RM 190++++... lepas itu, abah ade beritahu kat aku ad appointment di HSNZ pada 23 Mac 2010 (Selasa). Aku nasihatkan abah agar makan ubat dengan betul n ikut aturan. Dia ckp, ye la. Lepas tu, aku memberitahu kat abah aku nak g jaga test. Semasa jaga test fikiranku melayang teringatkan abah. ntahlah, mcm2 dibenakku.arghhhhhhhhhh.....
Malam itu, aku teringat akan mimpiku 2 hari sebelum itu tak salah aku..aku mimpi seluar trek cheetah kesayanganku robek di bahagian kedua-dua belah kaki. Sedih sgt aku ms tue, aku bertanyakan suamiku, kenapa bang seluar na koyak? (didalam mimpilah nie). Lantas suamiku ckp tak pe la, pakai ajer..aku ckplah malulah nanti org tgk..suamiku ckp tak apa, org tak perasanpun.. aku terus menyarungkan seluar tue ke kakiku.. selepas aku terjaga aku melihat jarum jam telah menunjukkan ke angka 3 pagi. Aku tak dpat melelapkan mataku dn berfikir apakah maksud mimpiku itu. Keesokkannya, aku bertanyakan kak zuzana akan maksud mimpiku...kak zuzana ckp tak tahulah kak sue na, nak tafsirkan macam mane???balik je kat umah beritahu kat adik aku plak Nurul, dia ckp tak dok mende ehh Kak Na.. Lega sekejap masa tue.
18 Mac 2010 (Khamis)
Hari Lahir Abah yang ke 78 Tahun. Kalau ana tahu tarikh lahir abah dah lama ana ucapkan untuk abah. Abah merupakan bapa mertua yang amat baik bagi diriku. Abah seorang yg peramah n suka mendengar apa yg aku bicarakan bila mana aku ke rumah setiap hujung minggu. Begitulah jadual n aktiviti setiap hari minggu sejak abah pulang ke kampung. Sebelum ini abah tinggal di KL umah adik ipar aku. Tapi, abah pulang ke kampung n mengatakan dia boring nak tinggal kat sana, dia nak balik sementara je dia ckp. Lantas aku n suami bercadanglah nk tinggal ngan abah sekali sementara abah berada di kampung. Kalau ikut aku nak start tinggal ngan abah dalam 23 Mac 2010 kot.
19 Mac 2010 ( Jumaat )
Yeah...cuti hujung minggu..jadual wajib aku hari tu ke rumah abah. Sebelum tue, aku ingat nak belikan keropok yg abah suka kat bukit tok beng, tapi tak bukak hari jumaat. Lepas tu, aku masakkan gulai berempah untuk abah. Masa aku sampai abah dah makan nasi dah, umi abang nuar yang masak. Aku beritahulah kat abah aku bawakkan gulai utk abah. Aku pesan kat abah, kalau abah tak hbis makan, ltakkan aje kat dlm peti ais n panaskan esok. Selepas tu, aku baca surat khabar..mcm2 abah beli,,kosmo, metro, berita harian..news strait times (kewajipan) ye la, ex-english teacher la katakan. Tapi arwah bekeng berhenti awal n pencen jwatan CC di Pejabat Risda. Lpas tu, aku perasan sgt2 abah tgk kat aku lame sgt2 n kat suami aku. Bergilir2. Aku perasan sagt2. Suamiku ajak tindur malam tue, tp aku memberikan alasan ad kenduri kawin kawan aku nanti nk balik pagi2 terkejar2 tak sedaklah plak kan sb tak sempat masak utk abah. Dalam kol 8 aku nak balik, abah panggil idham n mikail dan bagi duit RM 10 setiap seorang. Dia cium Mikail. Abah menghantar aku ke luar pagar pada malam itu, tak pernah2 abah berbuat demikian. Aku sempat berpesan kat abah, jika ada apa2 telefon la ana (panggilannya pdku). Abah menjawab, tak payahlah ana risau kat abah. Abah melambaikan tangan padaku dan anak2. Ketika di dalam perjalanan dekat ngan Sabasun, abah telefon kat aku mengatakan jam suamiku tertinggal. Aku berjanji untuk mengambil keesokkan harinya.
20 Mac 2010 (Sabtu)
Aku bertolak untuk ke rumah abah sebaik sahaja pergi kenduri kawin ke rumah Noora. Aku ingin membeli makanan kat abah di Mydin hajatnya. Selepas itu, panggilan ayah tuer kederingan. Aku terus menjawab..abah...aku terkejut bila mendengar suara seorang wanita..rupanya umi, umi menangis mengatakan abah telah tiada...YA ALLAH!!!!!! aku menjerit sekuat hati di dalam kereta. Suamiku terus tunduk bila mendengar berita tersebut. Terkilannya aku sb tak tidur kat sana. Sedihnya aku ketika itu........akhirnya mimpi seluar robek itu telah terjawab juga....
Semoga Arwah abah tenang di SANA.....AL-FATIHAH
Abah amat istimewa di mata ana. Abah merupakan seorang yang berhati mulia dan sangat mengambil berat.

Wednesday, March 17, 2010

Antara Teman Sejati....

Tiba-tiba je teringat kat arwah kawan baik aku..15 Mac genap la umurnya 33 tahun. Dah 2 tahun arwah meninggal. Arwah meninggal disebabkan kemalangan jalanraya di KL. Waktu tu arwah br je hantar anak-anaknya kat umah mak mertua dia. Lepas tue arwah pergi kerja dgn motor, walaupun kebiasaannya arwah menaiki kereta. Sampaikan mak mertuanya hairan kenapa dia pergi ngan motor. Kemalangan tu berpunca dari kereta di hadapan arwah menekan brek secara mengejut lalu membuatkan arwah melanggar dibahagian belakang kereta dan lehernya terkena cermin kereta belakang. Begitulah yang diceritakan oleh kak long kepadaku. Waktu itu aku tengah keje, tiba2 kak long telefon aku n memaklumkan kejadian tersebut padaku. Apalagi menjerit aku sebaik aje mendengar berita tersebut. Segala kenangan semasa kecil berlegar-legar dibenakku. Airmataku tidak henti2 menitis mengenangkan arwah. Arwah adalah seorang teman yang amat baik bagiku. Tiada teman sejati yang dapat aku temui melainkan arwah. Teman sepermainan sewaktu aku kecil. Arwah(IDI), Awang, Emmy,Wati, Sira...korang tetap didalam kenangan dan akan aku abadikan selama-lamanya memori bersama kalian.
15 Mac 2010
Jue telah mengirimkan SMS padaku menyatakan sekadar ingin berkongsi Hari Lahir arwah (IDI)..lantas aku membalas menyatakan bahawa aku tidak pernah melupakan tarikh lahir arwah. Tetapi, aku amat sedih dengan kesudahan cinta antara arwah dan JUE..terkilan aku dengan sikap JUE kerana terlalu cepat beralih arah kepada lelaki lain. Kesian arwah IDI terlalu mencinta JUE. Namun segala-galanya telah tertulis dan tersurat. Tiada jodoh antara mereka. Tetapi, JUE tidak menyalahkan jodoh malah menyalahkan dirinya sendiri. Tahupun kau JUE. Aku amat terkilan yang amat di atas sikap JUE sebenarnya. Teruk jugak aku marah kat dia kerana memperlakukan arwah sebegitu rupa, meninggalkan arwah tanpa sebab. Aku amat sedih kerana arwah pernah menyatakan padaku bahawa cintanya pada JUE tidak akan pudar dan tidak akan goyah sama sekali. Terlalu perit dan sedih apabila arwah mengetahui bahawa JUE telah dimiliki oleh lelaki yang bergelar SUAMI. Kini, JUE bahagia dengan SUAMI tercinta yang baru sahaja tamat belajar di PERANCIS. Arwah IDI hanya meninggalkan ISTERI dan 3 anak2 tersayang. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang SOLEH.

Sunday, March 7, 2010

Pic di Sekayu dan Batu Buruk...

Hari Sabtu lalu, tiba-tiba je Idham merungut nak ajak pergi sekayu. Pada mulanya dah janji dengannya nk g hari khamis, tp Mikail plok tak brp sihat selesema n hangat sikit badan dia. So, terpaksalah dibatalkan hasrat tersebut untuk konvo beramai2 ngan adik serta kakak. Last2, hari sabtu tue Idham sebut2 lagik..apa lagik hubby terus je la setuju..kesian jugak kat Idham tak g mane2pun cuti lame. So, aku masak bagai nak rak la..tapi cincai je la masak je apa yg ader..ye la, ms tue dah pukul 9 lebih dah..lewat2 tak best plak kan...lauk ape??tak yah citerlah yer..wak malu jew..huhuhu...kitaorg bertolak dalam kol 10.35 cam tu la..sampai kat Sekayu lebih kurang jam 12 sb jem kat jalan Marang ada orang buat jalan..nak besarkan jalan..lame gak kat situ..sabar je la nunggu...sempatlah jugak snap gambar kat sana..

Mikail asyik tgk je air..kesejukan dah
Puas hati la Idham kan??sayang dier
masing2 dah kesejukan dah...sejuk giler air time tue
Haziqpun ikut skali..mama dia keje pagi waktu tueSeronoknya..kalau dekat umah je ni..heee
perut dah berkeroncong dah..
Mikail lapor yer..kejap ye sayang


















ms umah Yani di malam pernikahan Yani..nangis plak pengantin perempuan tak ada

Gambar kat Batu Buruk ada jugak...Idham la ni sampai nk nangis ajak naik kereta kuda..mahu aku naik sakit hbis badan2 naik kereta kuda..aduiii la..kalu tak kerana anak2 tobak aku dok naik..sungguhpun..malu jugok rase duk atas tue..ahakss..tak pelah demi anak2 aku rela jew...so, layannnnnnnnnnn



























Sunday, February 28, 2010

Majlis Khatam Al-Quran anakanda tersayang..

Pada 12 Februari 2010, Jumaat majlis khatam Al-Quran Idham bersama 7 lagi rakannya diadakan di rumah Tok Guru, CHE DE.. Terima kasih yang tidak terhingga utk CHE DE di atas penat lelah memberikan ilmu kepada Idham tanpa jemu. Atas permintaan Tok Guru majlis ini di adakan di rumah beliau sendiri bagi mendapat keberkatan lagi. Antara tetamu yang dijemput ialah jiran-jiran tetangga sahaja. Kawan-kawan di pejabatpun aku tak jemput, maaf yer sb majlis ni hanya kecil-kecilan jer sekadar memenuhi syarat jew..tak ramaipun yang tahu rasenya. Akupun tak menwar-war kan kat sesiapapun..mana-mana yang tahu, tahu la kan...k, kita layan gambar yer sekitar majlis tue..TQ jugak untuk Puan Karimi kerana telah menyediakan nasi minyak yang sgt sedak..yummy..yummy..sedak hingga menjilat jari....pinjam Trade Mark KPF jap yer..




















sedang mengaminkan Doa sebaik ajer selesai...












































Idham sedang khusyuk membaca Al- Quran..




































Tok Guru setia menemani di sisi Idham...Hanya Allah yg dpt membalas budi baik Che DE














Antara jiran-jiran yg hadir..















persekitaran majlis khatam Al-Quran Idham