Wednesday, March 31, 2010

Mimpi seluar robek akhirnya terjawab...

17 Mac 2010 (Rabu)
Malam itu, abang Nuar telefonku dan memberitahu abah kurang sihat. Masa itu, aku tengah bersiap untuk pegi jaga test di KK2 untuk subjek Tn Haji Manan. Aku terus menelefon abah n bertanya khabar abah. Abah ckp sejak 2 3 hari ini dia kurang sihat, bila berjalan dadanya sebak n terpaksa berhenti bila nak naik tangga. Abah memberitahuku telah pergi ke klinik Mat Ramli n bayaran utk ubat RM 190++++... lepas itu, abah ade beritahu kat aku ad appointment di HSNZ pada 23 Mac 2010 (Selasa). Aku nasihatkan abah agar makan ubat dengan betul n ikut aturan. Dia ckp, ye la. Lepas tu, aku memberitahu kat abah aku nak g jaga test. Semasa jaga test fikiranku melayang teringatkan abah. ntahlah, mcm2 dibenakku.arghhhhhhhhhh.....
Malam itu, aku teringat akan mimpiku 2 hari sebelum itu tak salah aku..aku mimpi seluar trek cheetah kesayanganku robek di bahagian kedua-dua belah kaki. Sedih sgt aku ms tue, aku bertanyakan suamiku, kenapa bang seluar na koyak? (didalam mimpilah nie). Lantas suamiku ckp tak pe la, pakai ajer..aku ckplah malulah nanti org tgk..suamiku ckp tak apa, org tak perasanpun.. aku terus menyarungkan seluar tue ke kakiku.. selepas aku terjaga aku melihat jarum jam telah menunjukkan ke angka 3 pagi. Aku tak dpat melelapkan mataku dn berfikir apakah maksud mimpiku itu. Keesokkannya, aku bertanyakan kak zuzana akan maksud mimpiku...kak zuzana ckp tak tahulah kak sue na, nak tafsirkan macam mane???balik je kat umah beritahu kat adik aku plak Nurul, dia ckp tak dok mende ehh Kak Na.. Lega sekejap masa tue.
18 Mac 2010 (Khamis)
Hari Lahir Abah yang ke 78 Tahun. Kalau ana tahu tarikh lahir abah dah lama ana ucapkan untuk abah. Abah merupakan bapa mertua yang amat baik bagi diriku. Abah seorang yg peramah n suka mendengar apa yg aku bicarakan bila mana aku ke rumah setiap hujung minggu. Begitulah jadual n aktiviti setiap hari minggu sejak abah pulang ke kampung. Sebelum ini abah tinggal di KL umah adik ipar aku. Tapi, abah pulang ke kampung n mengatakan dia boring nak tinggal kat sana, dia nak balik sementara je dia ckp. Lantas aku n suami bercadanglah nk tinggal ngan abah sekali sementara abah berada di kampung. Kalau ikut aku nak start tinggal ngan abah dalam 23 Mac 2010 kot.
19 Mac 2010 ( Jumaat )
Yeah...cuti hujung minggu..jadual wajib aku hari tu ke rumah abah. Sebelum tue, aku ingat nak belikan keropok yg abah suka kat bukit tok beng, tapi tak bukak hari jumaat. Lepas tu, aku masakkan gulai berempah untuk abah. Masa aku sampai abah dah makan nasi dah, umi abang nuar yang masak. Aku beritahulah kat abah aku bawakkan gulai utk abah. Aku pesan kat abah, kalau abah tak hbis makan, ltakkan aje kat dlm peti ais n panaskan esok. Selepas tu, aku baca surat khabar..mcm2 abah beli,,kosmo, metro, berita harian..news strait times (kewajipan) ye la, ex-english teacher la katakan. Tapi arwah bekeng berhenti awal n pencen jwatan CC di Pejabat Risda. Lpas tu, aku perasan sgt2 abah tgk kat aku lame sgt2 n kat suami aku. Bergilir2. Aku perasan sagt2. Suamiku ajak tindur malam tue, tp aku memberikan alasan ad kenduri kawin kawan aku nanti nk balik pagi2 terkejar2 tak sedaklah plak kan sb tak sempat masak utk abah. Dalam kol 8 aku nak balik, abah panggil idham n mikail dan bagi duit RM 10 setiap seorang. Dia cium Mikail. Abah menghantar aku ke luar pagar pada malam itu, tak pernah2 abah berbuat demikian. Aku sempat berpesan kat abah, jika ada apa2 telefon la ana (panggilannya pdku). Abah menjawab, tak payahlah ana risau kat abah. Abah melambaikan tangan padaku dan anak2. Ketika di dalam perjalanan dekat ngan Sabasun, abah telefon kat aku mengatakan jam suamiku tertinggal. Aku berjanji untuk mengambil keesokkan harinya.
20 Mac 2010 (Sabtu)
Aku bertolak untuk ke rumah abah sebaik sahaja pergi kenduri kawin ke rumah Noora. Aku ingin membeli makanan kat abah di Mydin hajatnya. Selepas itu, panggilan ayah tuer kederingan. Aku terus menjawab..abah...aku terkejut bila mendengar suara seorang wanita..rupanya umi, umi menangis mengatakan abah telah tiada...YA ALLAH!!!!!! aku menjerit sekuat hati di dalam kereta. Suamiku terus tunduk bila mendengar berita tersebut. Terkilannya aku sb tak tidur kat sana. Sedihnya aku ketika itu........akhirnya mimpi seluar robek itu telah terjawab juga....
Semoga Arwah abah tenang di SANA.....AL-FATIHAH
Abah amat istimewa di mata ana. Abah merupakan seorang yang berhati mulia dan sangat mengambil berat.

No comments:

Post a Comment