Wednesday, March 17, 2010

Antara Teman Sejati....

Tiba-tiba je teringat kat arwah kawan baik aku..15 Mac genap la umurnya 33 tahun. Dah 2 tahun arwah meninggal. Arwah meninggal disebabkan kemalangan jalanraya di KL. Waktu tu arwah br je hantar anak-anaknya kat umah mak mertua dia. Lepas tue arwah pergi kerja dgn motor, walaupun kebiasaannya arwah menaiki kereta. Sampaikan mak mertuanya hairan kenapa dia pergi ngan motor. Kemalangan tu berpunca dari kereta di hadapan arwah menekan brek secara mengejut lalu membuatkan arwah melanggar dibahagian belakang kereta dan lehernya terkena cermin kereta belakang. Begitulah yang diceritakan oleh kak long kepadaku. Waktu itu aku tengah keje, tiba2 kak long telefon aku n memaklumkan kejadian tersebut padaku. Apalagi menjerit aku sebaik aje mendengar berita tersebut. Segala kenangan semasa kecil berlegar-legar dibenakku. Airmataku tidak henti2 menitis mengenangkan arwah. Arwah adalah seorang teman yang amat baik bagiku. Tiada teman sejati yang dapat aku temui melainkan arwah. Teman sepermainan sewaktu aku kecil. Arwah(IDI), Awang, Emmy,Wati, Sira...korang tetap didalam kenangan dan akan aku abadikan selama-lamanya memori bersama kalian.
15 Mac 2010
Jue telah mengirimkan SMS padaku menyatakan sekadar ingin berkongsi Hari Lahir arwah (IDI)..lantas aku membalas menyatakan bahawa aku tidak pernah melupakan tarikh lahir arwah. Tetapi, aku amat sedih dengan kesudahan cinta antara arwah dan JUE..terkilan aku dengan sikap JUE kerana terlalu cepat beralih arah kepada lelaki lain. Kesian arwah IDI terlalu mencinta JUE. Namun segala-galanya telah tertulis dan tersurat. Tiada jodoh antara mereka. Tetapi, JUE tidak menyalahkan jodoh malah menyalahkan dirinya sendiri. Tahupun kau JUE. Aku amat terkilan yang amat di atas sikap JUE sebenarnya. Teruk jugak aku marah kat dia kerana memperlakukan arwah sebegitu rupa, meninggalkan arwah tanpa sebab. Aku amat sedih kerana arwah pernah menyatakan padaku bahawa cintanya pada JUE tidak akan pudar dan tidak akan goyah sama sekali. Terlalu perit dan sedih apabila arwah mengetahui bahawa JUE telah dimiliki oleh lelaki yang bergelar SUAMI. Kini, JUE bahagia dengan SUAMI tercinta yang baru sahaja tamat belajar di PERANCIS. Arwah IDI hanya meninggalkan ISTERI dan 3 anak2 tersayang. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang SOLEH.

No comments:

Post a Comment