Wednesday, November 24, 2010

suka suki diriku...

ha...inilah pengarang hati dan jantung mama dan papa..luv u all..


Ini pic mase belum kawin..ms ni g lawatan kat hadyai dan phuket..mse masih lagi keje kat PYIT
kurus lg time ni..dua2 kurus..hikhik


Lawatan ni pada tahun 2000..2 bulan sebelum kami diijabkabulkan....setelah dua tahun aku mengenali hati budi masing-masing, suamiku juga adalah cinta pertamaku...Alhamdulillah aku disatukan pada 07 September 2000 (Khamis) tepat jam 3.25 Petang...kini aku amat bahagia dengan kehidupan bersama dua orang cahaya mata yang amat bernilai bagi diriku...Aku berdoa agar kebahagiaan akan sentiasa menjadi milikku sekeluarga dengan izin Allah...


Tahun 2010 adalah tahun yang penuh dengan ujian....

20 Mac 2010 (Sabtu)

Pada hari itu adalah tarikh yang tak dapat aku lupakan kerana perginya ayah mertuaku (abah) seorang yang amat aku hormati, sayangi dan amat aku kagumi dengan ketabahan beliau didalam menempuh setiap cabaran sepanjang hayatnya. Perginya tiada galang gantinya. Perginya jua membuatkan aku terasa kesunyian kerana tiada lagi aktiviti kunjungan setiap minggu sepertimana biasa aku lakukan. Perginya juga tanpa sakit demam hanya kematian secara mengejut dan kerana itulah sukar untuk aku sekeluarga menerimanya terutama ibu mertuaku..tetapi kami redha di atas setiap ketentuan dari Illahi kerana ianya pasti terselindung hikmah yang maha hebat. Aku doakan agar arwah abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh..AL-FATIHAH, AMIN.