Wednesday, November 24, 2010

Tahun 2010 adalah tahun yang penuh dengan ujian....

20 Mac 2010 (Sabtu)

Pada hari itu adalah tarikh yang tak dapat aku lupakan kerana perginya ayah mertuaku (abah) seorang yang amat aku hormati, sayangi dan amat aku kagumi dengan ketabahan beliau didalam menempuh setiap cabaran sepanjang hayatnya. Perginya tiada galang gantinya. Perginya jua membuatkan aku terasa kesunyian kerana tiada lagi aktiviti kunjungan setiap minggu sepertimana biasa aku lakukan. Perginya juga tanpa sakit demam hanya kematian secara mengejut dan kerana itulah sukar untuk aku sekeluarga menerimanya terutama ibu mertuaku..tetapi kami redha di atas setiap ketentuan dari Illahi kerana ianya pasti terselindung hikmah yang maha hebat. Aku doakan agar arwah abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh..AL-FATIHAH, AMIN.

No comments:

Post a Comment