Wednesday, January 6, 2010

01 Januari 2010- Hari lahir arwah ibuku.. yg ke- 57 tahun

Setiap kali memasuki tahun baru iaitu 01 Januari, hatiku akan menjadi sebak dan tidak keruan. Hati ini sering berkata dan berkata " IBU" kau tetap dihatiku dan sentiasa dihatiku hingga ke akhir hayatku. Walaupun dikau telah tiada, tapi bagiku dikau sentiasa berada disisiku, sentiasa memberi kata semangat kepadaku ketika aku dirundungi masalah dan duka dalam setiap kehidupan selamat dikau meninggalkan anak-anakmu ketika yang masih kecil. Kesian, adikku fateen yang bongsu..hanya sempat menagih kasih dan sayang dari nenek yang kian meniti usia. Terima kasih untuk nenek kerana telah memberikan kasih sayang untuk kami semua.
Ketika itu, adikku yang bongsu tidak tahu apa-apa yang telah berlaku sehinggakan bila kawan-kawanku datang untuk menziarahi jenazah arwah ibuku, dia sempat berkata kepada kawan2ku " Naiklah kat atas rumah, mak adik dah mati" mungkin dia tidak tahu apakah maksud perkataan tersebut. Ketika itu, airmataku terus jatuh berjurai tanpa henti dan segan di hadapan kawan2ku. Ianya masih segar diingatanku walaupun sudah 12 tahun berlalu, namun bagiku ianya masih baru dan segar diingatanku.
Kenangan bersama arwah ibuku, adalah kenangan yang paling bermakna sekali dan akan aku abadikan hingga selama-lamanya. Arwah ibuku merupakan seorang ibu yang amat penyabar. Seingatku, tidak pernah sekali arwah ibuku menjentik mahupun memukulku sungguhpun ketika itu dikau dalam keadaan marah namun dari raut wajahmu dapat ku lihat ketenangan wajah seorang ibu yang teramat baik sekali bagiku.
Jika mak masih ada pasti mak akan merasa berbangga dan gembira kerana anak bongsu mak telah mendapat 5A, 3B baru2 ini di dalam PMR. walaupun ianya tidak cemerlang seperti yang diharapkan, namun aku tetap bersyukur dengan pencapaian adikku buat masa ini. Ayah adalah insan yang paling gembira menerima berita ini. Sabtu nanti, ayah akan pulang dari Sri Petaling setelah selesai dakwahnya untuk tahun ini. Begitulah rutin tahunan ayah setelah ibuku pergi meninggalkan kami semua. Katanya untuk doakan kepada arwah ibuku juga.
Aku doakan agar arwah ibuku sentiasa ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman di SANA. IBU, aku amat menyayangimu dan amat merinduimu setiap saat dan ketika... AL-FATIHAH...AMIN

07 Januari 2010.....

1 comment: